Alhamdulillah hari ini rezeki saya patin tempoyak, pais patin, asam pedas pari dan udang masak petai yang dihidang oleh Dapur Mokde.

Memang puas hati makan kat sini. Semuanya sedap-sedap belaka. Mulanya saya tak order pun patin tempoyak tu tapi Mokde belanja suruh saya cuba! Sudahnya? Kuah pun saya hirup sampai licin.

Pais patin dia pehhhh! Siap ada petai.. Memang membuka selera sangat. Saya pasti datang lagi lepas ni. 

Ada juga pelbagai menu lain yang rare macam ikan kelah, kerai dan sebagainya. Kalau nak patin buah pun boleh dapat. Kena call dululah ya.

Asam pedas? Kick weh! Cakap banyak pun tak guna. Kena dengan selera saya yang agak cerewet ni. Cukup rasa pedasnya!


Terbaik beb! Koi ajok rodong semua cuba makan kat sini. Mokde masak istimewa weh!

Terima kasih cik Lyenda Mel yang melayan saya dan bercerita tentang Dapur Mokde ni.. Mereka buka sepanjang Ramadhan untuk berbuka hingga jam 11pm.


Tempat makannya selesa dan berkonsepkan terbuka. Sambil-sambil makan tu boleh dengar kapal terbang turun naik :) Banyak lagi info tentang Dapur Mokde.. Klik sini!

p/s: Orang Temerloh ni memang pandai masak belaka ye.

Kelmarin aku balik Segamat untuk atas beberapa urusan Seri Paduka Bonda :) Ada hal-hal tertentu yang perlukan bonda hadir sendiri. Adik beradiknya yang lain pun turut hadir dan ada yang diwakilkan oleh anak masing-masing jika sudah meninggal dunia.

Seawal jam 4am kami dah gerak.

Aku ni jenis tak suka lewat.. Walaupun urusan bermula jam 10am tapi tak mengapalah. Aku pun bukannya bawak kereta laju.. Slow and steady kata orang kampung :)

Dalam perjalanan tu duk perati juga mana tau ada durian. Al maklumlah durian Segamat ni lain macam dia punya sedap! Memang tak serupa kalau compare dengan durian lain. Tapi musim kali ni durian tak menjadi. 

Seawal 8am aku dah pun sampai di Segamat. Pusing-pusing sekejap bandar Segamat.. Lama betul tak balik sini. Jalan pun ada yang aku dah tak cam lagi.

Bonda pula ada sebut-sebut pasal ikan baung. Itu memang ikan kegemaran dia. Memang aku pun tahu :) Tapi nasib-nasiblah kalau dapat di Segamat ni. Nak dijadikan kisah.. Selepas selesai semua urusan.. Kami singgah sekejap ke Batu 5 Jalan Muar Segamat untuk menjenguk Mak Ngah Limah. Dapatlah bekalan buah nangka muda. Sikit hari lagi masaklah tu katanya.

Aku pun terus memandu pulang. Semasa datang aku ikut Tangkak tapi untuk balik ni aku lalu Gemas.. Ikut jalan dalam pulak. Aku keluar di Seremban untuk masuk highway PLUS menuju ke Shah Alam. Alhamdulillah perjalanan lancar tanpa sebarang masalah.

Cuma hal ikan baung masih bermain dalam fikiran aku. Mak tak dapat ikan baung lagi kali ni.. Aku teringatkan tentang Dapur Mokde di jalan Subang Airport. Hari tu aku ada ke sana untuk makan patin tempoyak. Kata si Linda anak Mokde tu.. Ikan baung pun dia ada.

Apa lagi.. Aku merencana untuk makan berbuka kat sana kali ini. Call Linda dan minta dia reserve table sambil tanya, 'Ikan baung ada?' Alhamdulillah jawapannya positif. Kami menuju ke Dapur Mokde di jalan Subang Airport. Ini kali kedua aku ke sana.. Sebelum ni memang berpuas hati sangat! So aku nak bawak mak pulak sebab mak ni memang cerewet sikit hal makan.

Sampai je ke Dapur Mokde.. Memang penuh meja! Syukur dapat 1 meja yang Linda dah sediakan. Kami pun order ikan baung masak tempoyak, sambal tempoyak, ikan pekasam goreng, ulaman dan telur dadar. Berselera tengok mak ratah kepala ikan baung tu.



Memang tidak mengecewakan masakan Mokde ni.. Sedap belaka! Alhamdulillah.. Senang hati bila apa yang mak nak tu dapat ditunaikan. Walaupun dia tak mintak secara direct tapi insyaAllah anaknya ni cuba memahami signal-signal indirect :)

Kalau nak baca review tentang Dapur Mokde dengan patin tempoyaknya tu boleh klik link ini ya.
Ini cerita tentang aku. Diri aku sendiri.. Bukan tentang orang lain. Aku sukakan durian dan aku sukakan tempoyak. 

Maka secara umumnya apa juga masakan yang ada tempoyak tu memang aku gemarkannya. 

Tapi..

Patin tempoyak ni berbeza pula pandangan aku. Selama ni patin tempoyak ialah makanan yang sukar aku nak telan! Bukan sebab tempoyaknya tapi sebab patin yang hanyir membuatkan aku reject masakan ini. Mana-mana pun serupa! Hanyir lumpur.. hanyir entah apa lagi.

Tapi kenangan mencuba masakan patin tempoyak di Temerloh telah mengubah persepsi aku. Aku mengaku secara rasminya sebagai penggemar patin tempoyak #1. Terkejut aku! Sebab woi. Takde hanyir apa langsung. 2 mangkuk aku belasah, satu bahagian ekor dan satu lagi bahagian kepala.. Licin!




Aku pun macam tak percaya.
Sedap! Memang sedap.

Punyalah gempak patin tempoyak di Temerloh ni sampaikan geng page viral SiakapKeli pun ada datang makan dan share informasi.. Terbaik beb! Korang wajib datang cuba patin tempoyak. Jangan bagi alasan tak makan patin.. Cuba dulu!




Dan tempohari penghibur di media sosial iaitu Zukieeeee dan Jamal tetsu ada buat video yang bagus tentang patin tempoyak di Temerloh. Meletop-letop viralnya.. Yang sememangnya jadi tumpuan di Temerloh ialah warung Go'Bang Maju Patin Tempoyak. Kalau korang belum cuba, aku nasihatkan pergi cuba rasa dulu. Lepas tu korang share dengan aku pandangan korang ye.

Tak lama lepas tu ada pulak video parodi dari adik Iqbal Ihsan. Selambe!




So korang tunggu apa lagi? Jom kita.. Pohpaleh pedaihhh. Aku tabik spring patin tempoyak original dari Temerloh ni. Memang terbaik. Untuk makluman.. Go'Bang Maju Patin Tempoyak ni dah ada lagi 2 cawangan selain di Temerloh iaitu di Kuantan dan Sri Rampai KL.

Kalau nak reserve meja pun boleh di Temerloh ni.. Just call Abang Rizal 019-956 9696 ya.

Terdapat banyak review tentang masakan patin tempoyak ni.. Antaranya ialah:

1) Mama Darwish: Layan Patin Tempoyak Di GO'BANG MAJU SRI RAMPAI

2) Fauziah Samad: JJCM - GO BANG MAJU PATIN TEMPOYAK, TEMERLOH

3) Nina Mirza: Ikan Patin Tempoyak Terbaik di GO’BANG MAJU PATIN TEMPOYAK TEMERLOH

4) The Rainbow Journey: Makan di Temerloh

5) A Beginning of Life: Review terbaik Gobang Maju

Ramai yang tak tahu kewujudan Dapur Mokde di jalan Subang Airport ni. Masakannya oleh chef berpengalaman yang lebih mesra dipanggil Mokde. Memang sedapnya lain macam :)




Pelbagai jenis masakan yang sedap-sedap disediakan oleh Mokde untuk pengunjung disini. Ada patin tempoyak, pais patin, asam pedas dan pelbagai masakan Thai yang memang memenuhi citarasa sekeluarga.

Mengikut cerita, Mokde memang berasal daripada Temerloh jadi tidak hairanlah masakan Mokde sedapnya membuatkan ramai yang datang kembali.

Nah! Ini map untuk ke Dapur Mokde. Dan boleh call Linda anak Mokde 016-279 6885 ya.


Siapa yang tak kenal dengan abang bersuara macho yang menyerikan setiap Ramadhan kita dengan program Jejak Rasul. Antara siri yang cukup terkesan di hati ramai orang.. 

Ia penuh dengan ilmu serta peringatan yang telah ditinggalkan jejaknya oleh rasul-rasul terdahulu.

Tak sangka yang Zainal Ariffin juga gemarkan patin tempoyak di Go'Bang Maju. Kalau dah sedap tu semua orang pun suka!

Nah! Blog viral Makan Sedap kongsikan link video Jejak Rasul musim pertama.  Klik sini!


Boleh ubat kerinduan suara Zainal Ariffin Ismail yang memang menarik bila menerangkan tentang jejak-jejak yang telah ditinggalkan.

Share kalau suka ya :)



Tak sangka ada kedai makan yang macam ni punya istimewa di tepi jalan Subang Airport. Sedapnyalah! Pais patin yang dibakar dengan tempoyak dan petai. Aromanya.. Menikam kalbu! Ikan patin dia super fresh! Langsung takde hanyir apa bagai.


Kena cuba. Full info tengok review kat sini ya.


Ini memang bakal buatkan ramai orang terkecur. Pilihan istimewa dan jadi tumpuan di Klang kerana citarasanya yang lazat dan daging kambing dibakar sarat dengan rempah yang memberikan aroma.






Dah macam-macam menu timbul sekarang ni. Semakin kreatif orang kita berniaga! Hebat. Pelik-pelik juga idea mereka ni kadang-kadang tu. Tapi pandainya mereka mengolahkan makanan tersebut hingga viral dan dapat sambutan tinggi.


Nih yang baru aku dengar pasal NASI KAMBING BUKHARI di Klang. Kalau korang tengok gambar! Memang mencurah air liur keluar wey. Dah la bulan puasa ni.. Mengancam sungguh! Nanti nak bawaklah anak-anak dan family gi cuba. Memang serious nampak sedap!




Macam manalah agaknya aku nak diet ni. Kalau korang nak cuba.. boleh cari lokasinya guna Waze/Google Maps. Search 'Nasi Kambing Bukhari' atau boleh juga jenguk page Facebook diorang http://www.facebook.com/nasikambingbukhari dan Instagram http://www.instagram.com/nasikambingbukhari yang tak berhenti keluar paparan kat aku. Geram jugak dibuatnya.


Nanti kau!





Dengar kata.. Aku tengok kat review page diorang memang excellent! Siap ada tambah daging kambing je. Pehhh! Marvelles. Selain daripada nasi kambing Bukhari tu, ada juga masakan Thai dan western. Haa! Elok sangatlah tu. Macam-macam pilihan ada.. Jomlah ke Nasi Kambing Bukhari, Batu 3 Jalan Kapar Klang.

Boleh juga terus call Ayie Marcello 017-296 6781 ya.






Updated:

Rupanya harga sepinggan NASI KAMBING BUKHARI ni tak masuk akal! Dia caj RM9.90 aje rupanya. Murah gile weh.





MAKLUMAN:
DUKACITA INGIN DIBERITAHU RESTORAN NASI KAMBING BUKHARI TIDAK LAGI BEROPERASI KERANA MASALAH YANG TIDAK DAPAT DIJELASKAN.

Memang tidak dinafikan ikan patin memberikan konotasi negatif kepada ramai orang kerana pengalaman mereka sebelum ni. Ramai yang pernah terkena makan ikan patin yang baunya hanyir!


Semua tu sebab ikan patin yang dibela dalam kolam! Kali ni blog viral MAKAN SEDAP nak bawakan kisah ikan patin yang takde hanyir langsung dan dimasak sempurna dengan tempoyak hinggakan semakin ramai yang tergilakannya.

Itulah resipi original dari Temerloh.









Kalau sekali cuba! Memang 2 kali nak :)

Ramai yang bagi respon sebenarnya tak pernah atau tak suka makan ikan patin tapi lepas mereka cuba masakan patin tempoyak di Go'Bang Maju ni.. Semuanya berubah! Sampai macam tu sekali dia punya penangan.

Nak baca review lagi? Klik sini ya.
Next PostNewer Posts Home