Berbuka puasa hidangan istimewa Dapur Mokde di Subang Airport

Leave a Comment

Alhamdulillah hari ini rezeki saya patin tempoyak, pais patin, asam pedas pari dan udang masak petai yang dihidang oleh Dapur Mokde.

Memang puas hati makan kat sini. Semuanya sedap-sedap belaka. Mulanya saya tak order pun patin tempoyak tu tapi Mokde belanja suruh saya cuba! Sudahnya? Kuah pun saya hirup sampai licin.

Pais patin dia pehhhh! Siap ada petai.. Memang membuka selera sangat. Saya pasti datang lagi lepas ni. 

Ada juga pelbagai menu lain yang rare macam ikan kelah, kerai dan sebagainya. Kalau nak patin buah pun boleh dapat. Kena call dululah ya.

Asam pedas? Kick weh! Cakap banyak pun tak guna. Kena dengan selera saya yang agak cerewet ni. Cukup rasa pedasnya!


Terbaik beb! Koi ajok rodong semua cuba makan kat sini. Mokde masak istimewa weh!

Terima kasih cik Lyenda Mel yang melayan saya dan bercerita tentang Dapur Mokde ni.. Mereka buka sepanjang Ramadhan untuk berbuka hingga jam 11pm.


Tempat makannya selesa dan berkonsepkan terbuka. Sambil-sambil makan tu boleh dengar kapal terbang turun naik :) Banyak lagi info tentang Dapur Mokde.. Klik sini!

p/s: Orang Temerloh ni memang pandai masak belaka ye.
Next PostNewer Post Previous PostOlder Post Home

0 comments:

Post a Comment