Dah lama tak pekena patin tempoyak di Dapur Mokde! Jadi saya ke sana dengan di temani anak-anak. Memang kami lapar! Waktu pun sudah menjengah 9.15pm. Dengan kadar pantasnya saya memandu dari Shah Alam straight ke Kg Melayu Subang. Nak ke Dapur Mokde la mana lagi! Masakannya sedap-sedap belaka.

Tapi kali ni saya terkena!
Kisahnya..

Saya datang dengan penuh harapan. Anak yang 3 orang ni saya tak beritahu pun nak bawak makan patin tempoyak. Saya tahu itu juga kegemaran mereka.. Macam ayah dia :) Lagi pun saya saja nak suprise kat diorang. Jadi korang boleh bayangkan betapa berbunga-bunga harapan saya.

Sampai je ke warung Dapur Mokde ni, kami pun duduk di meja tengah. Bawah kipas! Sejuk sikit malam-malam ni. Jam baru menunjukkan 9.35pm Laju juga saya speeding tadi. Orang laparlah katakan.

Saya pun order 2 hidangan patin tempoyak, satu kepala dan satu lagi badan. Dan 1 lagi hidangan patin pais petai bahagian ekor. Cukuplah tu untuk kami berempat. Air pula 2 teh o ais, milo ais dan teh o nipis kurang manis. Pelayan mengambil tempahan dengan bagus. Senyum je! Takde la terasa sangat pressure lapar di perutku ini :)

Kemudian Cik Lyenda anak Mokde datang bertanya khabar. Manis orangnya, kalau bercakap memang tak berhenti. Ada je cerita.. Sesuai sangatlah tu sebagai orang depan Dapur Mokde. Katanya insyaAllah bulan Januari 2017 nanti nak buka cawangan di Vista Alam Seksyen 14, Shah Alam.

Wey! Bagus sangat tu. Dekat dah dengan rumah.

Tak terasa masa berlalu dan hidangan yang dipesan pun tiba ke meja. Berasap! Fuh.. Memang pecah rasa.. Air liur pun terkecur tak semena-mena.

Kami berempat pun memulakan langkah! Nasi dicedok ke pinggan, kuah pun ditumpahkan. Ikan patin tempoyak yang cukup rasa, cukup sempurna jadi peneman nasi yang disuap ke mulut. MasyaAllah! Sedap.

Dia punya pedas! Perghhhh padu. Anak saya yang umur 7 tahun pun mengadu pedas. Tapi tak berhenti makan.. Dia cuba cover dengan milo ais. Steady.. Memang sedap.

Anak umur 10 dan 12 tahun pun kata pedas. Tapi boleh lagi minta nasi tambah. Hah kau! Memang Dapur Mokde buat hal lagi kali ni. Budak-budak pun tak kira pedas.. Sedapnya lain macam.

Yang saya tak tahan tu..

Boleh lupa lagi nak ambil gambar hidangan sebelum kami belasah secara beramai-ramai tadi. Maka saya upload gambar sesudah kejadian ya :)




Begitulah kisahnya Dapur Mokde buat hal lagi :) Hanya gambar sesudah makan sahaja yang dapat saya kongsikan kali ni. Nasihat saya, korang kena pergi dan cuba sendiri. Citarasa kita mungkin berbeza.

Tapi mereka bukan hanya hidangkan patin tempoyak dan patin pais petai sahaja. Ada udang galah, ikan kelah, ikan talapia, asam pedas dan banyak lagilah. Ulam-ulaman kampung pun ada macam-macam.

Kalau nak tengok gambar, mungkin korang boleh refer ke artikel sebelum ni.




Haa! Menyandor tidor. Kahkahkah.. Penangan patin tempoyak dan patin pais petai dari Dapur Mokde. Pedas tapi superb wey! Kena cuba tau.


Sekiranya anda mahu saya review kedai makan anda, sila hubungi 011-2-800-2424 :)

Next PostNewer Posts Previous PostOlder Posts Home